Pages

Saturday, March 31, 2012

Tugasan KRM 3013 Asas Nombor & KRM 3023 Asas Ukuran

KRM 3013 Asas Nombor : Tugasan 1 (20 markah: submit 08 April 2012)

Bagi tajuk tertentu daripada unit pengajaran yang anda pilih, rancangkan 2 (DUA) aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan satu daripada bahan berikut : bahan konkrit, media atau teknologi. Aktiviti yang anda rancangkan itu mestilah bersesuaian dengan pengajaran selama 40 minit. Aktiviti ini hendaklah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Aktiviti ini adalah asli atau berdasarkan pengalaman anda sendiri. Format penulisan mengandungi :
- tema
- tajuk
- hasil pembelajaran
- pengetahuan sedia ada
- langkah-langkah (nyatakan tempoh bagi setiap langkah)
- bahan pengajaran (sama ada bahan konkrit, media dan teknologi diintegrasikan dalam (v))
- penilaian (boleh diintegrasi dalam (v))
- jangkaan refleksi (jangkaan kesukaran dalam perlaksanaan serta cara mengurangkan/mengatasinya)

* 1 aktiviti = 40 minit so 2 aktiviti = 80 minit
* buat aktviti je bukan RPH


KRM 3023 Asas Ukuran : Tugasan 2 (10 markah: submit 08 April 2012)

Bagi tajuk tertentu daripada unit pengajaran yang anda pilih, rancangkan 1 (SATU) aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan satu daripada bahan berikut : bahan konkrit, media atau teknologi. Aktiviti yang anda rancangkan itu mestilah bersesuaian dengan pengajaran selama 40 minit. Aktiviti ini hendaklah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian.

No comments:

Post a Comment