Pages

Saturday, May 12, 2012

KAE 3013 : Unit 2

1. Maksud seni kanak-kanak
- seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan

2. Pandangan Plato, Aristotle dan Socrates dalam Teori Klasik
- Plato : memperkenalkan teori peniruan dan berpendapat bahawa seni harus berasaskan kepada idea yang bercirikan idealistik. Beliau menyatakan bahawa kecantikan hanya sementara

- Aristotle : menolak teori ini dengan alasan kecantikan ialah sifat fizikal yang boleh dianggap oleh fizikal manusia

- Socrates : memperkenalkan teori penciptaan seninya yang berkonsepkan keseluruhan dan kesatuan. Beliau menyatakan bahawa sesuatu hasil seni harus tergubah dalam hubungan yang sesuai antara satu sama lain dalam sesuatu keseluruhan dan kesatuan di samping mempunyai ciri-ciri kesempurnaan dan kesinambungan, kecantikan dan kesempurnaan

3. Kaitan Teori Kosmologi dengan alam sekitar
- melibatkan fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut

- hubungan manusia dengan alam akan mencetuskan kreativiti dan keupayaan luar biasa untuk menghasilkan karya seni

4. Perkara yang ditekan oleh Erwin Panofsky dalam Teori Kontemporari
- menekankan tentang objek dan makna melalui pernyataan ikonografi. Ikonografi merupakan persoalan yang memperkatakan tentang objek dan makna

- terdapat 3 objek dan maknan karya seni (i) objek yang natural atau primari (ii) objek yang biasa atau sekunder (iii) makna intrinsik atau isi

5. 7 konsep dalam Teori Susanne K. Langer
- bentuk

- abstrak

- ekspresi

- perasaan

- lambang

- ilusi

- imej

6. 3 prinsip Bruner dalam pendekatan konstruktivitis
- pengajaran perlu berdasarkan kesediaan dan pengalaman kanak-kanak serta mengikut konteks kesanggupan kanak-kanak untuk belajar

- mengorganisasi pengajaran supaya megikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh kanak-kanak dengan mudah

- pengajaran perlu melangkaui maklumat yang dibekalkan oleh guru dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu

7. 4 aspek perkembangan kognitif dalam teori sosial interaksi Piaget
- pergerakan

- olahan

- konkrit

- formal

8. 6 hukum dalam Teori Gestalt
- pragnanz

- persamaan

- keintiman

- lengkap

- kesinambungan positif

- ciri-ciri bahagian
 

No comments:

Post a Comment