Pages

Friday, June 22, 2012

Lelaki yang kukagumi

Cerita ni mungkin tak ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau sebaliknya tapi sekadar nak berkongsi kejayaan lelaki ini..lelaki ini adalah lelaki kedua yang amat kukagumi dan sanjungi selepas ayahanda tersayang. Lelaki ini menjadi kesayangan semua ahli keluarga kami. Memang menjadi kebanggaan arwah tok & arwah pah. Sejak kecil, aku dah melihat ciri-ciri kejayaan yang ada pada dia. Masih segar diingatan masa kecil dulu, aku selalu mengikut ayah dan mak melawat lelaki ini di asrama..lelaki ini salah seorang pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh. Selepas STAR, lelaki ini menyambungkan pelajaran ke University South of Wales, Sydney, Asutralia untuk Ijazah Sarjana Muda dan seterusnya menyambung Ijazah Sarjana di Universiti Malaya. Aku ada masa konvokesyen di Universiti Malaya sebagai meraikan kejayaan lelaki ini...sekarang, selagi lagi lelaki ini membanggakan kami sekeluarga dan pastinya arwah tok dan arwah pah teramat bangga dengan kejayaan lelaki ini sekiranya mereka ada lagi. Siapa lelaki ini? Lelaki ini adalah Abi Sofian b. Abd. Hamid; CEO Northport Bhd. Siapa lelaki ini dengan aku? Dia adalah adik lelaki mak yang bongsu dan pastinya dia adalah pakcik aku. Mungkin orang atau yang membaca entri aku ada berkata-kata "ala..setakat CEO nak kecoh"...tak kisah korang nak kata apa tapi aku berbangga dengan dia kerana pada kami semua dia seorang yang cukup baik...sederhana orangnya..sentiasa ambik berat tentang kakak-kakak n abang-abang serta anak-anak saudara..keluarga dia lagi la dia ambil berat...anak-anak dia pun alhamdulillah semuanya berjaya menurut jejak langkah dia suami isteri. Aku sentiasa menjadikan kejayaan ayah aku dan pakcik aku ni sebagai sumber inspirasi untuk terus berjaya...

Ni la pakcik aku..

Mr. Abi Sofian b. Abd. Hamid, 50

Congratulations, Cek... walaupun lambat dapat tahu but better late than never, right? and  i'm pround to be one of your niece

Nak baca lagi korang leh klik link kat bawah ni...semua link dalam bahagian business paper online dan juga dari web Northport. Berhad.

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/24/business/11159608&sec=business
http://www.thesundaily.my/news/344381
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/10/business/11076951&sec=business
http://www.northport.com.my/news.php?news_id=299
http://www.northport.com.my/corp_ceo.php#top

No comments:

Post a Comment