Pages

Showing posts with label semester3. Show all posts
Showing posts with label semester3. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

lelong modul semester 3 PPG PJJ UPSI

Salam Ramadhan..
Saya nak lelong modul semester 3 PPG PJJ UPSI...last sem ada yang order pastu tak datang ambik...saya jual murah je..RM5 bagi setiap modul tapi harga tak termasuk pos ye...kalau yang nak COD pun boleh kalau dok area ipoh ni..leh datang ambik kat opis saya...

saya ada modul berikut :
1. KAE 3013 : Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak
2. KRM 3013 : Asas Nombor
3. KRM 3023 : Asas Ukuran

Kalau berminat boleh tinggalkan nama n email kat ruangan komen atau emailkan nama, nombor phone ke jihan041777@siswa.upsi.edu.my

Saturday, March 31, 2012

dateline tugasan UPSI06 / UPSI A10






Tugasan KRM 3013 Asas Nombor & KRM 3023 Asas Ukuran

KRM 3013 Asas Nombor : Tugasan 1 (20 markah: submit 08 April 2012)

Bagi tajuk tertentu daripada unit pengajaran yang anda pilih, rancangkan 2 (DUA) aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan satu daripada bahan berikut : bahan konkrit, media atau teknologi. Aktiviti yang anda rancangkan itu mestilah bersesuaian dengan pengajaran selama 40 minit. Aktiviti ini hendaklah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Aktiviti ini adalah asli atau berdasarkan pengalaman anda sendiri. Format penulisan mengandungi :
- tema
- tajuk
- hasil pembelajaran
- pengetahuan sedia ada
- langkah-langkah (nyatakan tempoh bagi setiap langkah)
- bahan pengajaran (sama ada bahan konkrit, media dan teknologi diintegrasikan dalam (v))
- penilaian (boleh diintegrasi dalam (v))
- jangkaan refleksi (jangkaan kesukaran dalam perlaksanaan serta cara mengurangkan/mengatasinya)

* 1 aktiviti = 40 minit so 2 aktiviti = 80 minit
* buat aktviti je bukan RPH


KRM 3023 Asas Ukuran : Tugasan 2 (10 markah: submit 08 April 2012)

Bagi tajuk tertentu daripada unit pengajaran yang anda pilih, rancangkan 1 (SATU) aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan satu daripada bahan berikut : bahan konkrit, media atau teknologi. Aktiviti yang anda rancangkan itu mestilah bersesuaian dengan pengajaran selama 40 minit. Aktiviti ini hendaklah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian.

Sunday, March 4, 2012

Tugasan Kbk 3073 : Murid-murid Berkeperluan Khas

Tugasan 1 (20 markah : submit 02 Mei 2012)

Huraikan etiologi, definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri, perkembangan fizikal, kognitif dan sosial serta langkah pencegahan bagi salah satu kategiori kanak-kanak berkeperluan khas berikut:

a) Terencat akal
b) Bermasalah pendengaran
c) Austisme
d) Bermasalah penglihatan
e) Disleksia
f) Palsi cerebral
g) Hiperaktif
h) Sindrom down
i) Spina bifida
j) Epilepsi (sawan)
k) Masalah emosi dan tingkah laku
l) Pintar cerdas

Wednesday, February 29, 2012

eForum KAE3013 - Ekpresi Kreativiti Kanak-kanak

Forum untuk subjek ni:
I. Kreativiti kanak-kanak adalah semulajadi atau boleh diperolehi. Bincangkan.
II. Imaginasi : Kesan positif dan negatif. Bincangkan.
III. Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah. Adakah anda setuju dengan kenyataan ini.
IV. Bagaimana kreativiti kanak-kanak boleh dinilai dan digredkan?

Rajin-rajinkan menjawab ye kawan-kawan *pesanan untuk diri sendiri gak ni yang agak malas untuk hit forum hahaha hit yang wajib je*

Tugasan KAE3013 : Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak

Ada 3 tugasan untuk subjek ni:
(1) Tugasan I - Penulisan Esei
(2) Tugasan II - Perancangan Aktiviti
(3) Tugasa III - eForum
* semuanya individu* 

Tugasan I (20 markah : submit 04 Mei 2012)
Pilih satu bidang seni kreatif berikut :
- seni lukis, kraftangan, drama, muzik, tarian
Huraikan secara terperinci bagaiman bidang seni kreatif ini dapat menumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.

Tugasan II (20 markah : submit 04 Mei 2012)
Berikut adalah beberapa senario yang terdapat di sekolah :
- sambutan hari guru, sambutan hari kemerdekaan, majlis perasmian yang dihadiri oleh orang kenamaan, hari penyampaian hadiah
Berdasarkan mana-mana senario di atas, sebagai guru yang bertanggungjawab menguruskan persembahan atau pameran, rancang DUA (2) aktiviti kreatif untuk sambutan/majlis tersebut. Perancangan anda perlu mengandungi perkara-perkara berikut;
- tema
- tajuk aktiviti
- rasional aktiviti
- bilangan murid/pelajar yang terlibat
- durasi aktiviti
- peralatan/bahan-bahan/kostum/set-props/muzik/lirik dan lain-lain yang perlu disediakan
- langkah-langkah pelaksanaan
- bincangkan unsur-unsur kreativiti dan nilai-nilai murni yang dapat dikembangkan dalam aktiviti tersebut.